Mak Cun (siri drama)

Mak Cun (juga dieja Mok Cun daripada sebutan loghat Kedah) merupakan sebuah rancangan televisyen drama campur komedi bersiri yang diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan ditayangkan di TV3 mulai tahun 2014. Terdiri daripada telefilem dan siri (drama berantai), bermula dengan telefilem raya yang berjudul Spain Uolls yang mengisahkan Mak Cun ingin membuat kejutan untuk beraya dengan anaknya, Atun, yang sedang belajar di Sepanyol.Dibintangi oleh Erma Fatima, Datin Umie Aida, Datuk Rahim Razali antara lainnya, kisahnya tentang seorang penduduk kampung bernama Mak Cun yang bercita-cita untuk meluaskan perniagaan bedak sejuknya di luar batas kampung. Musim ketiga drama bersiri Mak Cun berjaya meraih 11 juta penonton bagi semua 21 episod.[1]

Mak Cun (siri drama)

Bahasa Bahasa Malaysia
(loghat Kedah)
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Citra Abdullah
Ain Abdullah
Pengarah Bade Hj Azmi
Penerbit Ahmad Albab Abdullah
Ahmad Arri Abdullah
Syarikat penerbitan Rumah Karya Citra Sdn Bhd
Siaran asal 17 Ogos 2014 (telefilem Spain Uolls)
29 Julai 2015 (siri)
Bilangan episod 70
Dibintangi oleh Erma Fatima
Datin Umie Aida
Datuk Rahim Razali
Rujuk Pelakon
Genre Komedi
Bilangan musim 4
Saluran asal TV3